Selamat datang ke Sistem OnPay untuk Pertubuhan Kebajikan RedRadar.
Periksa URL anda dan pastikan bahawa anda telah memasukkan URL yang betul.
Pertubuhan Kebajikan RedRadar telah ditubuhkan oleh Tn. FaizalSalleh, Founder RedRadar International (www.redradarinternational.com) pada Mac 2020, sebagai kesinambungan kepada salah satu nilai teras (core value) RedRadar International iaitu "CARING".
RedRadar International ingin memastikan bahawa tumpuan perniagaan bukan sahaja pada aktiviti perniagaan & keuntungan sahaja tetapi juga aspek kebajikan, sumbangan dan nilai tambah yang dapat diberikan kepada masyarakat setempat yang memerlukan sokongan samada dalam bentuk sokongan kewangan, barangan keperluan mahupun dokongan moral.
Sehingga tempoh ini, antara aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak Pertubuhan adalah dari segi bantuan kos perbelanjaan harian untuk Pusat Tahfiz terpilih, agihan barangan keperluan asas & beras kepada golongan yang memerlukan, bantuan mangsa banjir, lawatan silaturahim bersama Pusat Tahfiz dan biasiswa RedMoment sebanyak RM150 sebulan selama 6 bulan kepada anak-anak dari kalangan mereka yang berpendapatan 1500 dan ke bawah.
Pihak Pertubuhan Kebajikan RedRadar ingin menjemput orang ramai yang berkongsi nilai teras yang sama iaitu "CARING" untuk menjadi sebahagian daripada misi kami untuk membentuk masyarakat yang sentiasa mengamal dan menyebarkan nilai teras penyayang dalam kehidupan seharian mereka.
Terima Kasih