
REDRADARPRIHATIN
RedRadarPrihatin merupakan aktiviti yang dijalankan oleh pihak
Pertubuhan yang mana tujuan utamanya adalah berpaksikan kepada kasih sayang. Kesemua
aktiviti ini akan melibatkan semua sukarelawan yang terbabit hadir secara
fizikal dalam melakukan setiap aktiviti yang dirancang oleh pihak Pertubuhan.
Antara contoh aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah penglibatan sukarelawan
bersama warga emas, anak anak yatim, pusat tahfiz dan warga kampung yang turut
sama dirai dalam setiap aktiviti.
Antara aktiviti yang dijalankan
adalah :
1. Program Tautan Kasih bersama Pusat Jagaan Al Fikrah
2. "Feed the Needy : Homeless di sekitar
Kawasan Lembah Klang dengan usahasama Kenchara
Soup Kitchen
3. Majlis Berbuka Puasa & Agihan Duit Raya
kepada anak yatim di sekitar Selangor
4. Barang Dapur Percuma
5. Program Gotong Royong bersama Surau Haji Taib, Banting
Selangor
Pihak kami juga membuka ruang & peluang serta
ingin menjemput masyarakat diluar sana untuk turut sama menyumbang bagi
melancarkan setiap aktiviti yang bakal diadakan dan membantu lebih ramai
golongan yang memerlukan di luar sana.
SERTAI KAMI SEKARANG!
Layari https://pertubuhanredradar.onpay.my/ untuk menyumbang dan https://redradarcare.com/ untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai aktiviti-aktiviti yang kami jalankan.