
RedMoment with You
Program Bantuan Pendidikan RedMoment
with You merupakan sebuah program di mana kami memberikan bantuan pendidikan
kepada mana mana pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dengan
menyediakan bantuan sebanyak RM150 selama 6 bulan berturut turut sebagai
sumbangan bagi kelangsungan untuk meneruskan sesi persekolahan mereka. Dengan
ini, ianya dapat meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam
menyediakan pendidikan awal kepada anak anak mereka di peringkat sekolah.
Seramai 9 orang peserta/pelajar yang telah ditaja oleh pihak kami pada kumpulan pertama Bantuan Pendidikan RedMoment With You sejak diperkenalkan pada tahun 2021, manakala 11 orang pelajar pada untuk kumpulan kedua bagi tahun 2023. Seterusnya dengan adanya bantuan daripada pihak luar , kami telah berjaya menaja 27 orang peserta yang layak pada kumpulan ketiga di penghujung 2023 dan awal tahun 2024. Kumpulan seterusnya, kami telah Berjaya mengumpulkan seramai 61 orang pelajar yang layak untuk menerim bantuan ini, dan kami ingin menjemput anda semua untuk menjadi salah seorang daripada penaja untuk pelajar-pelajar yang terlibat. Butiran kelayakan bagi pemohon adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia dan menetap
di semenanjung Malaysia sahaja
2. Berumur 7 sehingga 12 tahun
3. Keluarga berpendapatan tidak
melebihi RM1500 sebulan
4. Tidak mendapat sebarang bantuan,
tajaan atau zakat daripada mana - mana pihak
Untuk mengetahui
dengan lebih lanjut berkaitan pelaksanaan program ini atau program yang akan
dilaksanakan oleh Pertubuhan Kebajikan RedRadar, anda boleh melayari lamanweb
kami di https://redradarcare.com/ dan https://pertubuhanredradar.onpay.my/ untuk
melakukan sumbangan.
Kami sangat mengalu
alukan sumbangan daripada pihak luar bagi meneruskan lagi Hasrat kami dalam
memberikan lebih lagi bantuan ini kepada lebih ramai pelajar pada masa akan datang.